Home » » Isu tuhan lembu yang disembah kaum india, Akhirnya Mufti Perlis tampil menjelaskan cerita sebenar

Isu tuhan lembu yang disembah kaum india, Akhirnya Mufti Perlis tampil menjelaskan cerita sebenar

Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin yang didakwa menghina melalui puisinya yang menyebut mengenai ‘tuhan lembu’ menulis catatan penjelasan bahawa kritikannya adalah mengenai situasi yang berlaku di India bukan komuniti India di Malaysia.



oleh Dr Asri Zainul Abidin

1. Sejak awal lagi mereka campur tangan dalam urusan masjid di Perlis apabila mereka mempertikaikan khutbah ISLAM is RELIGION OF PEACE yang AKAN disampaikan oleh Dr Zakir Naik.

Apakah boleh mereka campur tangan urusan agama orang lain dan kemudian ingin memberitahu kita jangan campur tangan urusan agama mereka?

2. Selepas itu berterusan mereka menggunakan nama Kerajaan India berkaitan isu Dr Zakir Naik. Seakan akan mereka mewakili Kerajaan India.

Kita tahu Kerajaan India di bawah pimpinan Narendra Modi seorang fanatik agama sekarang ini, ramai umat Islam dan Kristian yang mati dibunuh. Isu lembu sahaja telah mengorbankan ramai muslim dengan penuh ngeri dan kejam.

3. Selepas kerajaan memberitahu Dr Zakir Naik mendapat status PR, maka ditingkatkan lagi isu ini. Seakan satu suasana tegang antara agama sengaja diwujudkan.


4. Ulasan-ulasan mereka dalam dunia maya tentang Islam amat membangkitkan sensitiviti orang Islam. Ditambah dengan kelompok yang mengaku Islam tapi..

5. Saya sejak dahulu sentiasa memberikan pandangan yang harmoni antara agama. Pandangan-pandangan agama yang saya keluarkan sejak dahulu sentiasa mencari ruang yang adil dan damai untuk semua. Anda semua boleh baca di media. Saya juga yang menentang memanggil non-muslim kafir-harbi kerana bimbang ketegangan antara agama.

Pun begitu, itu semua tidak memberikan manfaat kepada pihak-pihak ini agar jangan bangkitkan isu ketegangan agama dan permusuhan antara kaum.



Pelampau Gau Rakshak membunuh dan mendera terutamanya kaum 
Dalit di India kerana memakan dan membawa atau 
menyimpan dagin l;embu – Foto Indian Express

Mereka ini menefon Jabatan Mufti Perlis dan memaki hamun. Bayangkan. Laporan telah dibuat.

6. Jabatan Mufti Perlis dalam fatwanya sentiasa mengambil kira keadilan untuk semua. Fatwa hak penjagaan anak umpamanya, fatwa Perlis merentasi isu agama kepada isu kepentingan anak tanpa diikat dengan isu agama. Ini dengan turut mengkaji beberapa isu anak yang membabitkan penganut Hindu dan selainnya di Malaysia.

Demikian fatwa zakat Perlis yang membenarkan ulul amri memberikan bahagian kepada bukan muslim atas asnaf muallaf. Banyak lagi pandangan Perlis yang harmoni untuk semua agama.

Itu semua tidak pernah dihargai oleh mereka. Bahkan HINDRAF berani campur tangan urusan khutbah dalam masjid yang diatur oleh Jabatan Mufti.

7. Selepas itu, puisi saya yang berkaitan kerajaan Modi India mereka spin kononnya untuk kaum Hindu di Malaysia.

Maka, apakah sebenarnya yang mereka mahu? – DrMaza.com

>

https://www.facebook.com/Dmanx316/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/234504820360297/?type=3&theater


Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean

Previous
« Prev Post

Popular Posts