Home » » Ini Puncanya Watson Nekad Saman Ammar - Bukan Sekadar Ejek Nama Bapa..

Ini Puncanya Watson Nekad Saman Ammar - Bukan Sekadar Ejek Nama Bapa..



Baru-baru ini Malaysia kecoh dengan isu pergaduhan Watson Nyambek bersama seorang pengacara TV rancangan sukan yang disiarkan oleh Media Prima.

Pengacara TV itu yang dikenali dengan nama Ammar Titan telah melakukan ejekan ke atas nama bapa Watson apabila berbuat bunyi seperti kambing semasa menyebut nama bapa Watson, iaitu Nyambek.

Pada tahun lepas, Watson diisytiharkan muflis selepas gagal membayar balik pinjaman bank yang digunakan untuk menanggung kos perubatan bapanya yang menderita barah telinga.

Bagaimanapun, beliau dibebaskan daripada status muflis selepas kerajaan Sarawak membayar balik tunggakan pinjaman sebanyak RM80,000 itu.

Watson yang meluahkan kekesalan terhadap tindakan Ammar itu di laman sosial, turut mendapat sokongan padu dari netizens yang juga mengecam tindakan pengacara itu sehingga rancangan sukan komedi tersebut dibubarkan akibat menerima tekanan awam.

Rancangan itu yang diberi nama Sukan Tak Sentral dihentikan serta-merta selepas menerima kecaman teruk netizens berikutan tindakan pengacaranya yang mengejek nama orang yang telah tiada.

Ammar dan TV3 kemudiannya membuat permohonan maaf kepada ahli sukan lagenda itu bagaimanapun Watson bukan sahaja menolak permohonan tersebut malahan nekad meneruskan tindakan saman. Bagaimanapun, terdapat cakap-cakap negatif terhadap kedegilan Watson yang berkeras mahu menyaman Ammar.

Bagi yang tidak mengetahuinya sebabnya, boleh lah membaca di bawah ini.
Oleh : Kamarul Ariffin Nor Sadan

Berkenaan isu berkenaan program di TV yang permainkan nama bapa Watson Nyambek, ada orang kata, ia perkara kecil dan tak perlu diperbesar.



Mungkin kecil bagi sesetengah pihak, tapi tidak bagi Watson dan mereka yang ketahui tentang sejarah bekas pelari pecut negara dan bapanya.

Kalau kalian ingat lagi lah. Genap satu tahun lepas, Watson pernah diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia kerana tak dapat melunaskan hutang bank bernilai RM100,000(termasuk faedah).

Kau tahu kenapa dia buat pinjaman tu?

Beberapa tahun sebelum muflis, dia buat pinjaman bank untuk tampung kos rawatan bapanya yang ketika itu sedang menderita kanser telinga. Malangnya, bapanya telah tewas, dan Watson pula terbeban dengan pinjaman bank tersebut.

Berat musibah yang Watson ni pikul untuk bapa tercinta. Sebab tu dia amat kecewa bila nama mendiang bapanya dipermainkan di stesyen TV.

>

https://www.facebook.com/Dmanx316/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/234504820360297/?type=3&theater


Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean

Previous
« Prev Post

Popular Posts