Home » » Hanya Orang Bodoh Saja Kata Surga Ditapak Kaki Suami-Ustazah Rohanita

Hanya Orang Bodoh Saja Kata Surga Ditapak Kaki Suami-Ustazah Rohanita






|Itulah yang dikatakan oleh seorang individu Pengguna facebook bernama Rohanita Puchong,kononnyala dia berkata benar sebab pegi kursus kahwin,kami pun tak tau sama ada dia tak Fokus masa mendengar ceramah atau tempat kursus kahwin tu ajara songsang.KO

Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a bermaksud:

“Aku pernah bertanya kepada Baginda: “Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?” Baginda menjawab:”Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya”. Kemudian aku bertanya lagi :”Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?” Baginda menjawab:”Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.” – (Riwayat Bazar dan al-Hakim)

Seperti semua sedia maklum, syurga seorang perempuan (belum kahwin) terletak di bawah tapak kaki ibunya.., tetapi, bagi seorang wanita (bergelar isteri), syurga nya terletak di bawah kaki suami. Maknanya, taat kepada suami maka, si isteri akan mudah mendapat syurga. Mudah sebenarnya seorang wanita untuk mendapat syurga Allah s.w.t.

Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud: “Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya.” – (Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban)

Betapa Rasulullah s.a.w menyuruh kita taat kan suami dan kalau si isteri menderhaka kepada suaminya.., walaupun cuma keluar tanpa izin. Maka jadilah si isteri tadi isteri yang nusyuz.., dan sesungguhnya isteri yang nusyuz tidak layak di syurga Allah!

Dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:

“Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?” Baginda menjawab : “Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.” – (Riwayat Muslim)

Janganlah disakiti hati suami.., fikir sebelum nak berkata-kata.., kalau tak termasuklah kita dalam golongan di atas ni.

Kebelakangan ni mcam-macam kes tentang suami isteri dapat kita dengar, si isteri dah pandai mintak cerai sebab kononnya boleh hidup sendiri. Kalau lah si isteri yang mintak cerai dari suaminya baca hadis ni, rasanya mesti tak gamak dia nak berbuat sedemikian :

Sabda Rasulallah s.a.w bermaksud:

“Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara’ maka haram baginya bau syurga.” – (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Ketahuilah wahai isteri sekalipun seseorang suami  itu kejam atau jahat HARAM bagi isteri itu derhaka dan menyakiti hati suaminya. Isteri wajib taat kepada perintah suami dengan keadaan apa sekalipun SELAGI SUAMI TIDAK MEYURUH KE ARAH KEMAKSIATAN. Ini adalah disebabkan oleh kemudahan jalan pintas untuk kesyurga yang Allah s.a.w berikan kepada isteri iaitu dengan hanya Menjaga Solat,  Puasa,Jaga Kehormatan dan Taat Kepada Suami.

Sebagaimana Sabda Rasullullah s.a.w  “Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki”

Sabda baginda lagi.., “Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang di kehendaki dengan tidak berhisab!”

Sebagaimana isteri firaun Asiah yang tetap taat dengan suaminya yang kafir sehingga beliau dipancung .

Al-Quran surah At-Tahrim ayat 11 yang bermaksud : “Dan Allah s.w.t mengemukakan satu misalan perbandingan bagi orang yang beriman iaitu perihal isteri Firaun ketika ia berkata : “Tuhanku, binalah untukku sebuah istana di sisi-Mu dalam syurga dan selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim.”

Permohonan Asiah diperkenankan oleh Allah s.w.t, lalu Allah perintahkan kepada malaikat : “Sesungguhnya hamba-Ku memohon pada-Ku dan aku perkenankan permohonannya. Maka perlihatlah padanya gambarannya kerana suaminya didunia akan Aku ganti dengan suami yang lebih baik di dalam syurga, istananya yang ada di dunia akan Aku ganti dengan istana yang lebih baik di dalam syurga.”


>

https://www.facebook.com/Dmanx316/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/234504820360297/?type=3&theater


Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean

Previous
« Prev Post

Popular Posts