Mungkin sebahagian peminat Korea Selatan punya mimpi untuk jadi pasangan idola. Selain menjadi pasangan Oppa, mungkin sebahagian punya mimpi untuk menjejakkan kaki di negeri ginseng atau sekurang-kurangnya berpasangan dengan rakyat Korea Selatan. Agak mustahil memang tapi bukan bererti hal tersebut tidak terjadi bukan?
Seorang gadis asli Indonesia dari suku Minang, Vera Nanda Putri, adalah contoh peminat Korea yang impiannya menjadi kenyataan. Gadis kelahiran tahun 1988 ini pada mulanya hanyalah seorang fans reality show popular Korea Selatan, RUNNING MAN.
Namun kerana dedikasinya terhadap perkara yang disukainya, gadis ini akhirnya membulatkan tekad untuk belajar bahasa Korea di negeri asalnya.
Vera Nanda Putri tercatat mengikuti kelas bahasa di Seoul National University. Pucuk dicinta ulam mendatang, Vera malah bertemu dengan jodohnya yakni Jun. Jun merupakan lelaki Korea Selatan asli yang jatuh cinta pada gadis yang sempat bergambar bersama Kim Jong Kook ini.
Vera mengambil kelas bahasa di Seoul National University pada tahun 2015, lalu bertemu dengan Jun pada akhir tahun 2016.
Vera sebelumnya tak pernah berfikir bahawa dirinya akan berjodoh dengan seorang Oppa Korea, bahkan hubungannya dengan Jun sempat dibully oleh netizen. Vera juga sempat ragu menjalani hubungan dengan Jun kerana masalah perbezaan keyakinan.
Walaupun demikian, kekasihnya menunjukkan keseriusannya terhadap Vera dengan menghubungi ibu bapa kekasih melalui telefon. Jun bahkan menyempatkan diri untuk mempelajari keyakinan Vera sebelum mengajak Vera naik ke pelaminan pada tarikh 27 Februari 2017 lalu.
Dan yang paling mengejutkan, Presiden ke-6 Indonesia iaitu Susilo Bambang Yudhoyono beserta isteri juga menghadiri perkahwinan campuran adat Minang dan Korea ini.
Well, kita tidak pernah tahu jodoh macam apa yang akan hadir dalam hidup kita nanti. Tapi yang jelas, semua harus diusahakan bukan?
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean