Sangka tidur dengan suami,rupa rupanya….|Saya nak kongsikan sedikit cerita. Saya dan suami baru bernikah tahun lepas. Suami kerja dan seringkali out station. Itu tak menjadi masalah sebab saya pun sedia maklum tentang tugas suami.
Sati malam dalam lingkungan jam 11 malam, selepas menonton televisyen, saya pergi ke bilik. Mata terlalu mengantuk dan mahu tidur. Saat sedang tertidur, saya terdengar bunyi sesuatu di dapur, seperti ada orang yang sedang membancuh minuman.
Bila saya menghendap, saya nampak suami saya.
“Eh? Bila abang balik? Ayang tak dengar pun abang buka pintu?” tanya saya pada suami.
Tetapi suami mendiamkan diri dan bermasam muka saja.
Saya pun dah mengantuk, sambung tidur sebab badan saya benar-benar letih hari itu. Semasa tidur dalam keadaan separa sedar, saya terdengar bunyi di sebelah saya macam bunyi kerbau nak disembelih. Saya peluk belakang suami dan sambung tidur.
Keesokannya, saya bangun awal pagi dan mendapati, suami saya sebenarnya masih berada di Johor. Dia tak balik rumah pun semalam. Allahuakbar.
Saya terpinga-pinga dan terkesima. Saya tak boleh berfikir waras, saya jadi takut dan fobia. Yang menjadi persoalan saya, siapa yang bancuh minuman dan tidur di sebelah saya malam tadi?
Saya masih rahsiakan perkara ini dari suami. Sekarang saya di kampung, takut nak balik ke rumah itu sehingga suami pulang. Apa yang patut saya lakukan sekarang? Perlukah saya ceritakan segalanya kepada suami tentang apa yang saya alami?
http://eberita.org
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean