Home » » didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan aturan tabie dengan memasukkan z@K=r ke dalam mulut mangsa sama.

didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan aturan tabie dengan memasukkan z@K=r ke dalam mulut mangsa sama.


Alor Gajah: Pegawai Jabatan Imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan rogol, seks oral dan ugutan terhadap wanita warga Thailand ketika ditahan di Depoh Tahanan Imigresen Machap Umboo, 9 Mac lalu

Tertuduh, Chua Siong Kiat Frankie, 31, membuat pengakuan itu selepas ketiga-tiga pertuduhan itu dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.

Mengikut pertuduhan pertama di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, tertuduh didakwa merogol mangsa, warganegara Thailand pada 1 petang, 9 Mac lalu di Pejabat Penerimaan Depoh Tahanan Imigresen Machap Umboo di sini.

Bagi pertuduhan kedua, di tempat sama pada 1.10 tengah hari, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan aturan tabie dengan memasukkan zakar ke dalam mulut mangsa sama.

Kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 337C Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan ketiga, di lokasi dan dengan mangsa sama, pada 1.15 tengah hari, tertuduh didakwa melakukan ugutan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Irrfa Sirhu Samsudin dalam hujahnya memohon mahkamah supaya tidak menetapkan jaminan, namun sekiranya perlu adalah RM20,000 bagi setiap pertuduhan.

Peguam bela Nahdan Rengganathan Abdullah bagaimanapun memohon wang jaminan dikurangkan dengan alasan ia bukanlah hukuman sebaliknya memastikan anak guamnya hadir perbicaraan di mahkamah.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM12,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin serta 8 dan 9 Mei ini untuk mengambil keterangan mangsa menggunakan jurubahasa Thailand.

Harian Metro pada 22 Mac lalu melaporkan wanita warga Thailand berusia 28 tahun membuat laporan di Balai Polis Melaka Tengah berhubung dakwaan kakaknya berusia 32 tahun yang bekerja sebagai tukang urut di Melaka Raya diperkosa ketika sesi rakaman percakapan di pusat tahanan itu.

Susulan itu pada 24 Mac lalu, polis menahan suspek berusia 31 tahun di pejabat Jabatan Imigresen di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ayer Keroh pada 5.30 petang bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol.

>

https://www.facebook.com/Dmanx316/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/234504820360297/?type=3&theater


Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean

Previous
« Prev Post

Popular Posts