Home » » dalam 30 minit, Faraj Longgar Boleh Kembali Ketat

dalam 30 minit, Faraj Longgar Boleh Kembali Ketat

Semakin usia meningkat, faraj atau vagina turut mengalami proses penuaan. Ia bermula dari umur tiga puluhan dan selepas melahirkan, ia menjadi longgar. Terutama ibu yang bersalin normal berbanding mereka yang bersalin cara pembedahan (caesarean section).



Satu hal lagi yang terjadi, tahap kepuasan melalui hubungan intim makin berkurangan. Lebih parah, wanita mungkin mengalami inkontinen kencing iaitu terkencing secara tak sengaja semasa bersin, batuk atau ketawa. Dan tak boleh menahan kencing untuk masa yang panjang.

Masalah Faraj longgar ini boleh dirawat dengan rawatan:


    Laser
    Pembedahan
    Senaman kegel

Bak Anak Dara Selepas Rawatan Laser Faraj


Ia boleh merangsang pembentukan kolagen, mengetatkan faraj dan memutihkan kulit bahagian sulit wanita. Ini merupakan teknologi yang terkini tanpa pembedahan, selamat dan tiada kesan sampingan berpanjangan.

Rawatan ini telah diluluskan oleh pihak FDA ( Food and Drug Administration) di Amerika. FDA mendapati bahawa laser boleh membantu menguatkan tisu otot faraj, mengembalikan kepejalan faraj dan merawat inkontinen kencing serta meningkatkan kepuasan seks bagi diri sendiri dan juga pasangan masing- masing.


Siapa Yang Layak?

  1. Wanita yang mahu mengembalikan faraj seperti asal (waktu muda).
  2.  Wanita yang alami masalah inkontinen kencing terutama yang pernah bersalin atau putus haid.
  3. Wanita lingkungan usia 30-an hingga 50-an.
  4. Wanita 20-an yang aktif seks.
   
 
  

Sebelum Rawatan

  • Perlu berjumpa doktor bertauliah yang akan bertanya masalah kesihatan yang dialami.
  • Jalani pemeriksaan kesihatan untuk pastikan keadaan fizikalnya Jika sesuai, doktor akan terangkan dengan terperinci tentang rawatan:
  •  keputusan yang boleh diperoleh, kebaikan, prosedur, kesan sampingan dan langkah berjaga-jaga selepas rawaran
  •  Jalani dulu ujian pap semar sebelum rawatan laser agar tiada jangkitan kuman di bahagian peranakan atau barah pangkal rahim.
  • Jika alami jangkitan kuman, ambil dulu antibiotik dan rawat jangkitan sampai pulih barulah rawatan diteruskan.
  • Pesakit kanser pangkal rahim TIDAK DIBENARKAN melakukan rawatan laser.
   

 Prosedur Rawatan

  • Selapis krim ubat kebas disapu pada faraj dan dibiarkan selama setengah jam. Bagi kebas dan tidak alami kesakitan semasa prosedur. 
  • Laser handpiece dimasukkan ke dalam faraj dengan perlahan-lahan dan lembut.
  • Sinaran laser akan dipancarkan ke atas dinding dalaman faraj dan pundi kencing. Sinaran laser berupaya untuk merangsang badan untuk membentuk tisu kolagen baru secara semula jadi.
  •  Laser juga boleh dilakukan untuk memutihkan kawasan luaran kemaluan (labia majora dan labia minor) serta membuang bulu secara kekal.Rawatan laser hanya mengambil masa 30 minit.
   

Kesan Sampingan


Anda mungkin alami sedikit discaj dari faraj selama 1 minggu. Pengelupasan kulit mungkin berlaku di kulit kawasan kemaluan, tetapi ini tidak serius dan tidak perlu menimbulkan kebimbangan.


Penjagaan Selepas Rawatan

  • Lakukan senaman Kegel setiap hari di rumah.
  • Senaman Kegel adalah senaman mudah yang dapat dilakukan dengan mengemut otot-otot yang digunakan semasa seseorang itu cuba untuk menahan kencing. Ia dapat mengurangkan kelonggaran vagina dan mencegah inkontinen kencing.

Rawatan Susulan

  1. Sebulan selepas rawatan, barulah anda merasai nikmatnya. Terutama semasa 'bersama' suami.
  2. Inkontinent kencing makin berkurangan.
  3.  NOTA: Sesetengah wanita mungkin memerlukan sebanyak dua atau tiga kali rawatan untuk mencapai keputusan yang terbaik,  terutamanya wanita yang berumur atau telah banyak kali melahirkan anak.
  4. Kesan yang optimum, jalanilah rawatan setahun sekali.
   

Kaitan Menopaus Dengan Faraj Longgar

  • Menopaus atau putus haid adalah fenomena semula jadi bagi semua wanita.
  • Setelah seseorang itu putus haid, tamatlah jangka masa subur untuk wanita tersebut. Terdapat banyak perubahan daripada segi hormon dan fizikal selepas putus haid.
  • Perubahan hormon berlaku kerana kehilangan fungsi ovari dan kekurangan hormon wanita seperti estrogen.
  •  Estrogen yang berkurangan menyebabkan faraj mengendur, menjadi kering dan lebih berisiko untuk berlaku jangkitan kuman, ketidakselesaan semasa hubungan seks dan inkontinen kencing.
   
  Sumber ;Mingguan Wanita

>

https://www.facebook.com/Dmanx316/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/234504820360297/?type=3&theater


Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean

Previous
« Prev Post

Popular Posts