Bapa Meraung Dukung Dua Mayat Anak Kembar|Seorang ayah hiba mendukung anak kembarnya berusia sembilan bulan yang terkorban dalam serangan kimia di Syria.
Sambil cuba menahan air matanya, Abdel Hameed Alyousef mengusap-belai rambut mereka dan berkata: “Say goodbye, baby, say goodbye” kepada anaknya yang sudah tidak bernyawa.
Selepas itu, Alyousef membawa jenazah anak ke liang lahad di mana 22 anggota keluarganya dikebumikan.
Mereka antara lebih 80 mangsa termasuk sekurang-kurangnya 30 kanak-kanak dan 20 wanita yang terkorban dalam serangan kimia di bandar Khan Sheikhoun, Syria, awal Selasa lalu. Jumlah korban kemungkinan meningkat.
Dalam perjalanan ke tanah perkuburan, Abdel Hameed meminta sepupunya merakamkan kata-kata perpisahannya kepada anaknya ketika dalam van.
Ketika serangan, Abdel Hameed, 29, berada bersama anak kembar lelaki dan perempunnya itu.
“Saya mendukung mereka ke luar rumah bersama ibunya.
“Mereka mula-mula sedar tetapi 10 minit selepas itu, kami dapat bau (gas itu),” katanya.
Anak kembar dan isterinya, Dalal Ahmed jatuh sakit.
Abdel Hameed membawa mereka ke paramedik dan ingat mereka akan pulih sebelum pergi mencari ahli keluarganya yang lain.
Dia menemui mayat dua abangnya, tiga anak saudara serta jiran dan kawan.
“Saya tidak dapat menyelamatkan sesiapa. Mereka semua sudah mati,” katanya.
Kemudian, ahli keluarganya memberitahu anak dan isterinya juga meninggal dunia.
Sepupunya, Alaa Alyousef berkata, Abdel Hameed sangat terjejas dengan kejadian itu dan sedang dirawat untuk pendedahan kepada toksin.
“Namun, hatinya hancur luluh kerana kehilangan ramai ahli keluarga,” katanya.
Serangan di Khan Sheikhoun itu lebih tragis bagi keluarga Alyousef kerana ramai mangsa korban adalah ahli keluarga luasnya.
Menurut saksi, empat roket melanda kawasan itu pada 6.30 pagi Selalsa lalu dan merempuh kawah di darat tetapi menyebabkan kerosakan struktur yang minimum.
Alaa berkata, keluarganya yang sedang tidur dikejutkan dengan bunyi rempuhan roket ratusan meter dari situ.
Pada mulanya, mereka lihat kepulan asap. Ayahnya pergi keluar sebelum terus masuk balik ke dalam rumah selepas memerhatikan seorang wanita tiba-tiba jatuh ketika berjalan berhampiran tempat rempuhan roket.
Keluarganya dengan cemas menutup tingkap dan membasahi kain dengan air dan cuka epal untuk menutup muka.
Mereka bernasib baik kerana angin meniup ke arah bertentangan, katanya.
“Kami masih terkejut. Ramai ahli keluarga masih hilang. Kami takut memasuki rumah lain kerana mungkin menemui lagi mayat,” katanya.
Selasa lalu, Alaa dan ahli keluarga lain mengebumikan jenazah mangsa.
Mengingati semula kejadian itu, seorang lagi ahli keluarga Alyousef, Aya Fadl berkata, dia berlari dari rumahnya sambil mendukung anak lelaki berusia 20 bulan kerana berharap akan selamat daripada gas toxic itu di luar.
Sebaliknya, guru bahasa Inggeris berusia 25 tahun itu terserempak dengan trak pikap membawa mayat mangsa lain, termasuk beberapa ahli keluarga dan pelajarnya.
“Ammar, Aya, Mohammed, Ahmad, saya sayangimu… Mak Cik Sana, Pak Cik Yasser, Abdul-Kareem, dengarlah saya,” kata Fadl apabila mengingati semula kata-katanya apabila melihat ahli keluarganya dalam trak itu.
“Saya nampak mereka. Mereka semua mati. Semuanya meninggal dunia sekarang,” katanya.
“Suasanya memang dasyat. Semua orang menangis dan sukar bernafas.
“Kami menghadapi pelbagai keadaan susah dan situasi sukar di Syria. Ini pengalaman paling sukar dan memudaratkan yang saya pernah alami,” katanya pada Rabu.
'I couldn't save anyone'
"I couldn't save anyone." š¢Twenty-two members of Abdel Hameed Alyousef's family were killed — including his wife and their nine-month twins — when the Syrian town of Khan Sheikhoun was hit by a chemical gas attack. Read more: http://ab.co/2obEVq7
PubliƩ par ABC News sur mercredi 5 avril 2017
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean