Assalamualaikum.. Boleh kan aku bhskan diri aku? Supaya boleh msuk
terus ke dlm hati kisah yg aku nak smpaikan ni.. Aku berumur 27thn dan
merupakan graduan yg berkjya..Terima kasih aku ucapkan sekiranya luahan
aku ni disiarkan.
Aku rasa mesti korg yg baca kisah aku ni nnt akan kecam aku😣..Sebelum tu cuba fahami situasi aku, apa yg perlukan adalah nasihat membinana..Camana erk aku nak mulakan? Baik lah straight to the point, percaya tak kalau aku cakap aku mencintai seorang lelaki yg berusia 60thn? Ya seorang lelaki yg mempunyai 2 org isteri & ank2 yg telah dewasa.
Aku rasa kat dunia ni, mana2 gadis pun pasti ada lelaki idaman masing2... Mana ada perempuan yg angan2 nak dpt jodoh dgn lelaki tua pastu laki org pulak.. Kalau dulu aku mesti pandang serong perempuan2 yg berlaki tua kena lagi yg berduit.. Mesti aku assume perempuan tu sebenarnya nakkan duit lelaki tu je sampai lah benda ni jadi kat diri aku sendiri.
Untuk makluman, kekasih aku ni berstatus Dato..yes seorang Dato bekas ahli politik.. Tapi sejak kalah dlm pilihan raya 9 tahun lalu dia dah slow down sikit dlm arena politik..Tapi bkn tu yg aku nak highlight kan dlm cerita.
Baiklah biar aku critakan cmana aku boleh kenal dgn dia..Lebih kurang 6tahun lalu, masa aku stundent 1st yr kat uni tempat aku blajar, course aku ada buat program lawatan ke oversea..Korang faham lah kan, bila buat program lawatan sambil belajar ni mesti nak cari sponsor..So aku merupakan salah sorg AJK yg dipertanggjwbkan utk cari sponsor..Masa tu, aku tiba2 terfikir utk add Dato ni kat fb niat utk cari sponsor.. Aku kenal dia pun psal ank pmpuan dia yg sebaya aku Sarah adalah ex-schoolmate aku msa kat skolah menengah dulu.. Tapi xkenal rapat sekadar tahu yg Sarah ni ank VIP.
Tak sangka pulak Dato tu accept aku kat fb.. Aku pun pm lah dia bagitau niat aku and Alhamdulillah urusan aku dipermudahkan.. Tanpa ckp banyak dia jumpa aku kat uni tempat aku belajar utk bagi duit.. Aku punya lah gelabah, yelah tak sangka pulak secepat itu dah lah proposal pun belum siap lagi.. Mana boleh mintak duit org mcm tu je kan? Aku bagitau Dato tu, tapi dia cakap takpa ambil saja duit ni.. "Sponsor tu you cari org lain yg ni utk you pakai" sambil dia tgk aku atas bawah..pertemuan kami xsmpai 5 minit pun, msa tu aku jumpa dia di carpark dia dtg dgn driver dia.. Lepas je dia bagi aku duit dia terus blah..
Aku plak terkebil-kebil kat situ.. Utk aku pulangkan duit tu pula adalah sangat mustahil pasal dia blah mcm tu je.. Ya Allah mcm2 bermain kat kepala aku masa tu..dah lah masa tu tgh panas cerita Altantuya model Mongolia yg kena bunuh tu.. Aku takut klau bini Dato tu dpt tau mati aku! Aku tkut berakhir mcm altantuya..Masa tu aku naif sgt, budak baik lah katakan..
Lepas je dari tu, Dato tu rajin call aku.. Tapi aku xlayan.. Aku takut, lagipun aku selalu dgr org ckp ramai student pmpuan IPT ni sebenarnya jual diri bila jauh dari mak bpak.. Aku xnak jadi mcm tu psal mak dgn arwah bpak aku dah didik aku sebaik mungkin hingga ke menara gading.. Tapi bila dah terdesak sgt, duit PTPTN pn dah habis aku beranikan diri utk layan Dato tu..
Aku start jawab panggilan fon dia.. Nampak sgt yg dia berminat kat aku.. Aku mengaku aku dikurniakan paras rupa yg unik disebabkan aku lahir dari keluarga campuran.. Tapi disebabkan wajah yg cantik ni lah aku selalu dirundung sedih..Aku xpernah bahagia.. Aku dah pandai keluar mlm dgn dia, tapi pertemuan kami hanya di dlm kereta sja.. Xsmpai setengah jam.. Msa dlm kereta tu mesti dia akan kiss aku ..tu jelah xlebih.. Ya Allah gelinya aku bila lelaki sebaya bapak aku kiss aku..
Tapi aku tahan je psal aku terdesak.. Keluarga aku bkn org senang, masa tu arwah ayah aku asyik keluar masuk hospital.. Aku xnak susahkn keluarga aku dgn minta duit kat diorg.. Aku ank sulung pastu ada adik2 lagi dibawah aku yg masih belajar masa tu.. Tiap kali Dato tu bagi duit aku gunakan sebaik mungkin utk tampung pengajian aku separuh lagi aku bagi kat mak aku utk beli blanja dapur & kos rawatan arwah ayah aku. Memang mewah jgk aku masa tu dgn adanya support dari Dato tu.
Bila dah smpai hujung semester.. Cuti sem pun bermula.. So aku pun balik lah ke rumah.. Bila kat rumah aku xberani berhubung dgn Dato tu takut kantoi ngan mak aku mati aku.. Dato tu call pun aku xjawab.. Akhirnya kami pun lost contact mcm tu je.. Aku xda plak rsa frust ke apa psal aku mmg xda feeling lagi kat dia masa tu.. Agak2 lah wei org tua baya bapak kau kot xkan kau nak tangkap cintan kan?
Dipendekkan cerita aku selalu terserempak dgn dia tapi dia xnampak aku..msa kat trafik light, kadang kat tempat mkn..Jodoh kot? Sampai lah 4thn kemudian msa tu aku dah habis belajar ayah aku pun dah meninggal, satu hari ni kami bertembung di dlm lif.. Masa aku masuk dlm lif dgn kwn aku bila pintu lif dah tertutup baru aku perasan lelaki tua yg berdiri kat belakang aku tu adalah Dato! Ya Allah klau bleh aku nak keluar secepat mgkin dari lif tu.. Ntah kenapa, psal aku nak elakkan Dato tu..
Aku anggap kisah silam aku dgn Dato tu adalah kesilapan besar yg aku pernah buat.. Aku jijik dgn diri aku.. Aku betul2 nak bertaubat..Aku xnak menoleh ke blkg lagi.. Pasal aku nak hdp baik2 memandangkan aku dah bekerjaya meskipun cuma kja biasa kat syarikat kecil.. Dato tu aku ingat lagi muka dy nmpak sgt gembira bila terjumpa aku dy tggu aku utk tegur dy dulu mgkin psal nak jga status kan, apatah lagi dlm lif kan ada cctv.. tapi sebaliknya aku cepat2 melangkah keluar dari lif tu dgn kwn aku..Ok dgn itu sekali lagi kami lost contact. Stop.
Setahun selepas pertemuan dlm lif tu, aku dpt kja rezki dlm penerbangan.. Bila ko kerja dlm dunia penerbangan ni, mcm2 org ko jumpa.. Yes betul! Sekali lagi aku terjumpa dgn Dato tu.. Tapi kali ni aku xmengelak, sebaliknya aku try utk positif memandangkan kerjaya aku mewajibkan utk aku bersikap ramah dgn setiap penumpang.. Sekali lagi kami bertukar2 no. fon.
Kali ni Dato tu sdh nmpak sgt dimamah usia.. Rambut pun putih.. Dan paling penting dy dah berubah dan tak gatal mcm dulu, dy layan aku penuh hormat..Dia banyak melakukan kerja ke jln Allah.. Baik lah sejujurnya aku mengaku, aku nak keep in touch semula dgn dy psal niat nak jdikan dy kabel utk aku dptkan kerja dlm kerajaan.. Syg aku rsa ada degree tpi kja airline yg bagi aku cuma menang glamer & tak menjamin masa dpn.
Dipendekkan crita, bila kami dah berhubung semula perasan syg dlm diri aku kat dia semakin bercambah.. Dy ada sifat2 arwah ayah aku.. Dy pun sygkan aku..Nmpak sgt dy sygkn aku bkn semata2 nafsu psal dy sentiasa menahan diri dpd merosakkan aku walaupun mempunyai ruang & peluang.. Aku rsa klau kena kat lelaki lain mmg dah habis aku diratah.. Alhmdulillah shgga skrg aku msih dara! Tanpa sedar kitorg dah jatuh cinta.. Bila cinta semakin dlm.. Baru kami sedar, sekiranya hubungan kami ini diakhiri dgn pernikahan pasti ramai hati yg terluka.. Isteri2 & ank2nya..
Ibu ku sendiri pasti menentang.. Lagi pun aku xsanggup melihat di usia senja mcmni Dato ni nnt dibenci ank2nya.. Dari sudut pandangannya pula, dia sedar dia tdk hdp lama.. Dia xmau aku menderita sekiranya berkahwin dgn dia psal mendptkn serangan dpd istri2 dan ank2nya..
Kasihan sekiranya kami berkahwin n mempunyai ank.. Di usia kecil ank tu mnjdi yatim, klau tak pun mnjdi bahan ejekan di skolah psal ayahnya sgt tua.. Aku boleh katakan cinta kami sgt tulus.. Tapi cuma terhalang oleh ruang & masa .. Beza usia 33thn faktor halangan terbesar.. Aku lahir terlmbat manakala kekasih ku lahir terlalu awal.. Kami dipisahkan oleh ruang dan waktu..
Kalau kalian mengatakan aku sukakan dia disebabkan status & harta benda kalian silap! Ya mmg pd mulanya aku ingatkn dia ni masih kaya mcm dulu.. Tapi ternyata tidak, sebaliknya dia kini mengalami krisis kewangan yg agak teruk.. Korang ingat org kaya tu betul2 kaya ke? Tilam empuk rumah mewah tapi dia tak tdr lena memikirkan segala hutang2..Ni lagi buat aku tambah kesiankan dia...
Dia ada ckp, dia nak aku kawen dgn lelaki yg boleh hdp lama & jaga aku baik2..Psal dia sedar diri dia.. Usia dah lanjut, kemampuan dah kurang.. Tapi dy tetap akan berada di blkg aku smpai bila2.. Dia sedar sedalam mna pun sygnya dia kat aku masih ada insan lain yg lebih layak memiliki aku.. Ya Allah.. KAU permudahkn lah urusan kami..
Knp kau pertemukan kami tapi tdk dpt bersama? Aku dah try utk mengelak dari dy dari dulu lagi psal aku faham dy suami org lagi pun mgkin msa tu niat dy hanya utk sedap2 tapi tetap sja kmi bertemu shgga aku merasakn mgkin kah ini dinamakan Jodoh?? Tapi bila kami dah ikhlas menyayangi 1 sama lain tapi kami xbleh bersama! 😢
Dia seorang suami & ayah yg baik.. Berlaku adil terhadap isteri2 & ank2nya.. Aku tau psal aku pernah stalk media sosial ank isterinya.. Rasa cemburu ada, rsa bersalah pun ada.. Tapi aku sedar aku xbleh cemburu psal aku yg dtg kemudian sdgkn mereka sdh terlebih dahulu wujud dlm hdpnya..
Aku dah try utk buang dy dari hati & ingatan aku.. Tapi aku tetap xbleh move on.. Ikatan hati antara kami terlalu kuat.. Paling membimbangkan aku, dia dah start sakit2..ya Allah aku xdpt bygkn lebih jauh lagi.. Mcmna aku nak ziarah dia sekiranya dia kritikal di hospital? Mcmna aku nak tatap wajah dy buat kali terakhir sekiranya dah smpai ajalnya? Aku bkn siapa2..bkn org kenamaan.. Hanya seorang gadis penerbangan.. Siapa aku utk aku perkenalkan diri kpd keluarganya? Sdgkn ank2nya berkerjaya hebat..
Golongan professional..para Doktor & arkitek.. Yg sulung tua 5thn sja dari aku..
Ya Allah klau diberi peluang, izinkan lah aku utk menjdi isterinya meskipun sekejap saja.. Aku xpernah rsakan kasih syg sebegini tulus.. Dan aku rasakan mustahil utk aku jumpa lelaki yg sebaik dia.. Cuma usia jdi penghalang kami... Aku xtau nak buat mcmna lagi.. Tlg lah aku.. Salam..-KRT
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean