DI KALA kanak-kanak sebaya bergembira dengan dunia mereka, seorang gadis kecil terpaksa memikul tanggung jawab yang besar terhadap keluarga.
Cerita mengenai adik berusia 10 tahun ini dimuatnaik oleh seorang ustazah di Madrasah Darul Tahfiz Sri Al Ain, Sungai Buloh bernama Rusnah Abu Samah di halaman Facebooknya.
Menurut Rusnah, muridnya ini seorang anak istimewa dan merupakan anak sulung daripada lima beradik yang masing-masing berumur 8, 6, 5 tahun dan bongsu, 6 bulan.
“Ayahnya pencari kayu gaharu yang selalu masuk hutan manakala ibunya tidak tahu kerja apa di mana apabila balik sekolah dialah ‘ibu’ yang bertanggung jawab keatas semua adik beradiknya.
Kalau cikgu bagi buku bawa balik rumah, buku akan hilang atau kalau paksa bawa semula bukunya dah macam belacan, dia tidak pernah mengulang kaji di rumah tapi dia adalah seorang budak yang bijak,cerita Rusnah.
Tambahnya, kalau beras habis untuk dimasak anak ini akan keluar mencari dan memasak untuk adik-adiknya. Pakaiannya jarang berbasuh dan pagi tadi bajunya dilihat koyak sedangkan esok mereka ada lawatan ke zoo.
Umie ada ke orang bagi Umie baju sekolah dah terpakai? Boleh ke kalau saya nak,tanya murid ini kepada Ustazah Rusnah yang membahasakan diri Umie dengan semua anak-anak didiknya.
Hasil tinjauan di Facebook, kami cukup kagum melihat kesungguhan Rusnah membantu pelajar-pelajar madrasah yang kesusahan bak anaknya sendiri.
Kepada anda yang tidak keberatan untuk memberikan sumbangan, bolehlah hubungi Rusnah di halaman Facebooknya di sini.http://sentapmedia.com/
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean