Musim kenduri datang lagi. Tolong kawal diri & elakkn...;
1. Mengumpat pengantin. Lelaki dia tak sesuai dengan isterilah, isteri
dia muda sangatlah, suami dia gelap, isteri gemuk, tak sama darjat,
berbeza negerilah. Macamlah kita sempurna sangat.
3. Hina bilik pengantin. Pakai tirai lama, bilik tak cat baru, cadar tak matching dengan dinding. Siapa nak tidur di bilik tu sebenarnya, kau ke pengantin?
4. Tak bersyukur bila dapat buah tangan. Rumah besar kenapa dapat bunga telur je? Ceh, coklat 20 sen, kain tuala..surah yasin.Haa, elok dia bagi surah yasin. Mudah-mudah mati nanti senang kawan-kawan nak bacakan.
5. Kenduri suram. Tak ada DJ radio, kompang, karaoke...pelamin. Orang mukmin tak harap sambutan begini.
6. Orang dah jemput gi kenduri dia tak mari. Bila orang tak panggil itu pula yang dia nak pergi.
7. Dah makan tapi nak bungkus bawa balik rumah. Adalah benda dia nak minta bungkus. Daging, gearbox, acar, bubur, laksa...Majlis tak habis lagi dia dah sibuk usung plastik. Eh...
Kenduri sepatutnya jadi suatu majlis yang eratkan silaturrahim, bukannya majlis mengumpat dan keramaian dosa.Tuan rumah sudah berusaha melaksanakan yang terbaik, kita sebagai tetamu jagalah adab dan etika. Semua tak kena macam kita sahaja yang sempurna.
Kalau niat anda ke majlis walimah hanya untuk mengkritik dan mengumpat tuan rumah..batalkan niat.Takut orang di sana makan daging lembu dan ayam. Awak makan daging sedara sendiri. Wallahualam..
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean